Dasar Sekolah

Sejarah Sekolah

Falsafah Pendidikan Negara

Visi dan Misi JPNS

Visi, Misi dan Motto Sekolah

Takwim Sekolah

Lencana Sekolah

Lagu Sekolah

Kembali ke Laman Utama

Laman Utama : Profil Sekolah : Sejarah Sekolah

Sejarah Sekolah

sekolah

Sekolah Inggeris Convent telah diasaskan oleh biarawati-biarawati dari negara Ireland. “Convent” membawa maksud tempat tinggal biarawati. Sekolah ini ditubuhkan untuk murid-murid miskin. Sumbangan kewangan dari Ireland dan dari Negara kita membolehkan mereka menubuhkan sekolah dan asrama untuk anak-anak yatim dan miskin.

Sekolah Rendah Perempuan Convent dan Sekolah Menengah Perempuan Convent telah beroperasi bersama di Jalan Dato’ Bandar Tunggal. Sekolah Tamil Perempuan Convent ditubuhkan dan mula beroperasi dengan 6 orang murid yatim. Biarawati dari Negara India telah dibawa khas untuk mengajar mereka.

Lokasi sekolah dipertengahan Bandar Seremban dan mutu pengajaran yang baik telah menarik tumpuan orang ramai. Kadar bilangan murid pernah naik sehingga 400 orang dan 28 orang guru. Bilangan murid terpaksa dihadkan kerana kekurangan kemudahan bilik darjah. Bangunan Sekolah Inggeris Convent pada awalnya terletak di jaln Dato’ Bandar Tunggal, Seremban. SR Catherine telah menjadi guru besar yang pertama pada tahun 1953.

Pembangunan yang pesat dan kesesakan telah membawa perubahan kepada sekolah ini. Pada tahun 1992, Kerajaan Negeri telah mengumumkan Bangunan Sekolah Convent yang berusia 86 tahun tidak selamat untuk pengunaan. Sekolah Kebangsaan Perempuan Convent dan Sekolah Menengah Perempuan Convent dipindahkan ke bangunan baru yang terletak 1 km jauh dari tempat asalnya. Ia dikenali dengan name Sekolah Kebangsaan Puteri dan Sekolah Menengah Puteri. Kerajaan telah memutuskan untuk menutup Sekolah Tamil Convent. Lembaga sekolah dan Pertubuhan PIBG serta beberapa pertubuhan Tamil dari seluruh Negara telah berusaha dan membatalkan keputusan tersebut.


Pada tahun 1996 bangunan Convent dirobohkan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Convent berpindah dan menumpang di bangunan sekolah lama yang terletak di Jalan Tuanku Antah. Murid-murid lelaki terpaksa diserapkan ke dalam sekolah ini setelah mendapat kelulusan daripada pihak JPNS. Sekolah ini beroperasi tujuh tahun di bangunan tersebut.

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Convent telah berpindah dari Jalan Tuanku Antah ke Kompleks Sekolah Wawasan pada 22.12.2003 dengan murid seramai 240 orang. Kompleks Wawasan ini merupakan Sekolah Wawasan yang pertama di Negeri Sembilan Darul Khusus. Terdapat dua buah sekolah di dalam kompleks ini.

  • Sekolah Kebangsaan Wawasan.
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Convent.

Sekolah ini mula dibina pada Disember 2002 dan telah siap dibina serta diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan pada 04.12.2003. Sekolah Tamil Convent mula beroperasi di Kompleks Wawasan pada 05.01.2004 dengan seramai 340 orang murid, 23 orang guru dan 5 orang kakitangan sokongan.

Tuan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di ketika Dato’ Haji Rohani Bin Shariff bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah melawat sekolah pada 05.01.2004 untuk memastikan kelicinan dan kelancaran persekolahan pada hari  pertama ianya dibuka. Pada 06.01.2004 pula sekolah ini telah dilawati oleh Ahli Exco Kerajaan NS Bahagian Pendidikan YB Dato’ Haji Zakariah Bin Nordin.

Pada 23.01.2004 satu Upacara Sembayang Khas telah diadakan sempena pembukaan sekolah ini di bangunan baru. Ahli Parlimen Teluk Kemang, YB Dato’ Sothinatan merangkap Timbalan Menteri Sumber Semula Jadi dan Alam Sekitar turut hadir dan memberi ucapan. Ramai ibubapa telah hadir dan memberi sokongan yang penuh dengan menyertai upacara ini.